Saturday, May 8, 2010

Maksud Muamalat???



Muamalat ialah perhubungan.Manakala dari segi istilah ialah urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan sosial.

1.Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia termasuk aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial.

2.Maksud muamalat dalam bidang ekonomi ialah yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, di laut adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firma Allah yang bermaksud:

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15)
3. Manakala peraturan muamalat yang digariskan dalam Islam ialah:

a. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t

b. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

c. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia.

d. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini.

e. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam..


2 comments:

  1. Assalammualaikum,

    Saya nak bertanya , dari mana dpt sources / info mengenai muamalat dlm perniagaan ni ye? berbentuk journals / arktikel / kertas kajian? Mohon share sumber mana yang cik gunakan berkenaan muamalat boleh tak? saya tengah buat kajian mengenai muamalat . Untuk menambah sumber yg saya ada. Terima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  2. do not cite the deep magic within me witch. i was there when it was written.

    ReplyDelete